Loading...
Sunday, February 23, 2014

Makhluk Halus Merupa Julia Ziegler - Pengarah

 Pengarah filem Aku Akan Muncul iaitu Roy Krishnan berkata, dia dan kru produksi diganggu makhluk halus ketika menjalani penggambaran filem tersebut di sebuah hutan di Kota Tinggi, Johor pada Oktober 2012.
Roy berkata, atas faktor keselamatan, pihak produksi telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memanggil seorang ustaz untuk menghalau makhluk-makhluk halus itu agar penggambaran dapat dijalankan dengan lancar.
"Bayangkan, ketika mula-mula menjalani penggambaran, ada saja benda pelik yang kami lihat sehingga menimbulkan rasa seram.
"Malah ada kru produksi melihat kelibat pelakon kami iaitu Julia Ziegler pada pukul 3 pagi sedangkan ketika itu dia sudah pun pulang ke hotel. Tanpa membuang masa kami terus memanggil seorang ustaz memasang 'pagar' agar kami tidak diganggu," katanya kepadamStar Online.
Tambah Roy, dia juga bersyukur walaupun melihat kelibat makhluk tersebut, namun pelakon-pelakon yang terlibat tidak diganggu termasuklah dirasuk ataupun mengalami histeria.
Julia Ziegler
Selain Julia Ziegler, filem seram terbitan RM Vision Film Production Sdn. Bhd itu turut dibarisi pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Maimon Mutalib (Allahtyarham), Liza Abdullah, Zulkifli Ismail, Noor Akma, Zaibo dan Musly Ramly.
Barisan pelakon-pelakon baharu pula terdiri daripada Abam (Bochey), Syafiq, Megat Samsuddin, Alfie, Firah, Shairah dan Azura.
Ia mengisahkan tentang Kesuma (Julia) yang memiliki raut wajah yang cantik, tetapi gemar membandingkan kecantikannya itu dengan rakannya Mawar sehingga membuatkan rakan-rakannya yang lain seperti bosan dengan tingkah lakunya.
Bagaimanapun, kecantikan yang dimiliki Kesuma tidak bertahan lama apabila dia terlibat dengan kemalangan ketika mencari inai.

'Aku Akan Muncul' bakal ditayangkan pada 27 Februari ini.
Akibatnya, wajah Kesuma telah menjadi buruk dan untuk memulihkan wajahnya itu, Kesuma meminta bantuan Mak Yam (Maimon) yang cukup terkenal sebagai seorang dukun yang hebat.
Dalam pada itu Beritahu Roy, karyanya akan dilihat berbeza berbanding filem lain di mana kesemua babak yang melibatkan hantu telah disunting dalam bentuk teknik pengimejan berkomputer (CGI) oleh pakar penyunting di India.
"Saya tampilkan filem ini dengan pengarahan yang sangat lain daripada yang lain. Bukan setakat CGI yang kami fokuskan tetapi juga penggunaan teknik kamera dan sinematografi supaya filem ini nampak lebih cantik," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP