Dek kerana itu dia menjadi pilihan sebagai model dalam majalah Cosmopolitan China, dan menerusi temu bual itu, Min Ho sempat mendedahkan ciri-ciri wanita yang menjadi dambaan hatinya.
“Biarpun ada yang mengatakan saya tampan, namun dalam soal memilih pasangan saya tidak pernah dambakan seorang wanita yang cantik.
“Tapi cukuplah dia mempunyai wajah yang cute (comel) dan penyayang. Selain itu saya sukakan wanita yang terbuka dan ceria. Jadi selepas seharian penat bekerja, saya akan senang dengan kehadirannya di sisi saya. Bagi saya perempuan seperti itu lebih menarik,” katanya.
0 comments:
Post a Comment