RAMAI yang bangga tak kurang juga yang terkejut bila dapat tahu Shila Amzah bakal bertanding lagi di China. Amboi, memang betul-betul rezeki Shila nampaknya apabila dia tak pernah berputus asa untuk berjaya.
Kalau nak ikutkan memang mereka sudah tahu lama tentang perkara ini cuma tak boleh dihebohkan sebab ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Pemergiaan Shila ke China membawa sekali lagi nama Malaysia ke negara mempunyai lebih 1.3 bilion penduduk itu untuk bersaing dengan penyanyi-penyanyi besar gabungan negara China, Hong Kong dan Taiwan.
Ada juga suara-suara sumbang mempertikai mengapa Shila masih mahu bertanding. Kalau nak ikutkan dulu dia dah pun memanangi pertandingan Asian Wave 2012 dan orang pelik mengapa dia bertanding lagi.
Bagi Syed tak ada apa yang pelik memandangkan kali ini anak kepada ND Lala itu bertanding menerusi program I Am A Singer yang merupakan program nombor satu di sana.
Bukannya dia bertanding pertandingan karaoke kenduri kahwin pun. Jadi tak ada isu pun kalau wajah manis penyanyi ini sekali lagi menggegarkan negara Tembok Besar China itu.
Jangan ingat Shila bertanding dengan peserta amatur ya sebaliknya dia akan menentang penyanyi profesional yang memang popular di sana.
Kalau tidak pun ini akan menjadi platform untuk Shila menonjol di sana. Tak gitu
0 comments:
Post a Comment