SATU keputusan yang mengejutkan daripada Kendall Jenner apabila dia meluahkan hasrat tidak mahu tinggal bersama ibunya lagi.
Menerusi rancangan Keeping Up With The Kardashian Ahad lalu, Kendall yang kini berusia 18 tahun ingin untuk hidup berdikari memandangkan dia mempunyai kerjaya baharu sebagai seorang model.
"Saya mahu keluar dari rumah ini. Saya sayangkan semua (keluarga), tetapi saya mahu rasa hidup berdikari," katanya.
Keputusan itu membuatkan ibunya, Kris Jenner terkejut dan tidak sangka Kendall mahu berbuat demikian.
0 comments:
Post a Comment