Penyanyi era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan jatuh pengsan ketika menghadiri majlis perasmian DVD Asas Gerak Melayu yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya pada petang Selasa.
A. Rahman rebah semasa sedang duduk di kerusi di dalam dewan sebelum sempat disambut oleh tetamu disebelahnya.
Ketika kejadian, mantan Timbalan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya, Datuk Mohd Bisharuddin Mohd Nor Bhasa, sedang menyampaikan ucapan perasmian acara tersebut kira-kira pukul 3.30 petang.
Penyanyi itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sebuah ambulan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.
Sebelum itu, kakitangan Istana Budaya sempat memberikan bantuan kecemasan kepada penyanyi itu sebelum dibawa ke hospital.
A. Rahman sepatutnya bertindak sebagai moderator program berkenaan bersama-sama dengan Datuk Zulkifli Zain, Datuk Ramli Ibrahim dan Norzizi Zulkifli.
Sementara itu, anak lelaki A. Rahman iaitu Khir Rahman ketika dihubungi tidak mengetahui keadaan sebenar bapanya dan sedang dalam perjalanan ke hospital.
0 comments:
Post a Comment