Loading...
Sunday, February 23, 2014

Kimora Lee kahwini usahawan secara rahsia

Dunia hiburan Hollywood sekali lagi menerima berita mengejutkan apabila supermodel dan bintang program realiti, Kimora Lee Simmons, menyembunyikan perkahwinannya dengan ahli perniagaan bernama Tim Leissner. 

Ketika Kimora, 38, dan pasangannya masih menunggu waktu sesuai mengumumkan berita gembira itu, bekas suaminya, Russell Simmons, terlebih dulu memecahkan rahsia mereka menerusi Twitter! 


Simmons dalam statusnya meminta blogger mengambil perhatian terhadap berita yang ingin disampaikan. 


“Kita semua menyayangi @OfficialKimora, namun hakikatnya dia kini bahagia berkahwin. Tim sudah menjadi sebahagian daripada keluarga #gossipcop... dan oh, Tim bukan Rusia, Lol” luahnya sekali gus mengejutkan peminat. 

Cuti bersama 

Sementara itu, Kimora dan Leissner yang juga berjawatan pengurusan kanan di Goldman Sachs dilihat pernah bersama ketika percutian tahunan keluarga di St Barts, Disember lalu. 

Mereka memakai cincin sama di jari manis selain tampak intim menghabiskan masa berjalanjalan di pantai bersama tiga anak Kimora, Ming Lee Simmons, Aoki Lee Simmons dan Kenzo, iaitu anak lelakinya bersama Djimon Hounsou. 
Russell turut menyertai percutian itu. 

Bagaimanapun wakil model berkenaan enggan memberikan sebarang komen. Beberapa hari lalu, kisah perkahwinan rahsia dua pelakon, Leighton Meester dan Adam Brody menjadi bualan ramai.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP