Loading...
Tuesday, February 25, 2014

Brown bebas!

RAPPER terkenal, Chris Brown, baharu sahaja selesai menjalani program pemulihan selama 90 hari untuk mengatasi kemarahannya.

Malah, bekas kekasih bintang popular, Rihanna, ini juga dikatakan sudah mula bekerja setelah berehat lama.

Menurut laporan media antarabangsa, Brown kini sedang menggarap video muzik baharu di Universal City Walk.

Penyanyi berusia 24 tahun ini juga mengumumkan album baharunya berjudul, X, yang bakal dilancarkan pada 5 Mei depan.

"Album X, akan turut disenaraikan dalam bilangan album terbaik saya. Saya harapkan ia dapat menemui peminat pada tarikh yang ditetapkan," kata pemilik nama sebenar, Christopher Maurice Brown ini.

Sebelum ini, Brown dengan rela hati memasuki pusat rawatan pemulihan itu pada Oktober 2013, selepas dituduh memukul seorang lelaki.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP