Loading...
Monday, February 24, 2014

Kata2 roman dari Che ta

Pelakon Rozita Che Wan, 41, meluahkan rasa bertuah kepada Zain Saidin sempena ulang tahun kelahiran ke-30 suaminya itu, semalam.
Menerusi laman Instagram miliknya, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta menulis, dia sangat berbangga menjadi isteri kepada pelakon muda tersebut dan berjanji akan mencintai Zain sehingga akhir hayat.
"Saya merasakan saya seorang remaja semula setiap kali terfikir bagaimana bertuahnya saya untuk memiliki seorang lelaki yang kacak, menawan, penyayang, comel dan menarik sebagai suami.
"Bolehkah mana-mana wanita meminta lebih lagi? Saya akan pastikan yang awak (Zain) menyambut hari kelahiran dengan gembira sekali. Selamat hari lahir Sayangku!," tulis Che Ta lagi.
Pasangan ini telah sah begelar suami isteri pada 11 Disember tahun lalu dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Gazebo, Setia City Convention Centre, Shah Alam, Selangor.
Mereka telah dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman.
Rozita diwalikan oleh adiknya, Roshidi Che Wan dan menerima sebanyak sembilan peti hantaran termasuklah cek wang hantaran RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan cincin nikah bernilai RM93,000.


<br />
<div class="inline-ad">
<script type="text/javascript"><!--
google_ad_client = "ca-pub-8032928404079273";
google_ad_host = "ca-host-pub-1556223355139109";
google_ad_host_channel = "L0007";
/* gossiphotartis_main_Blog1_300x250_as */
google_ad_slot = "2233486232";
google_ad_width = 300;
google_ad_height = 250;
//-->
</script>
<script src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js" type="text/javascript">
</script>

</div>

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP