PADA mulanya, pasangan ini sering menafikan khabar angin mengenai hubungan asmara mereka pada pertengahan tahun lalu.
Namun, setelah penat berteka-teki, akhirnya mereka memberitahu umum bahawa hubungan itu baharu sahaja terjalin sejak November 2013.
Hanya mampu bertahan selama tiga bulan akhirnya, pasangan selebriti remaja, Harry Styles dan Kendall Jenner mengesahkan hubungan itu putus di tengah jalan.
Sebelum ini, Styles pernah memberitahu bahawa Jenner bukanlah wanita yang banyak menghiburkannya, malah membosankan!
Enggan menyalahkan sesiapa dalam kegagalan hubungan ini, adik tiri kepada Kim Kardashian ini mengakui ianya berpunca daripada kekangan masa.
Menurut Jenner, walaupun mereka bukan lagi pasangan bercinta, namun ia tiada halangan untuk berkawan dengan bekas kekasihnya itu.
"Hubungan kami bermula dengan proses berkawan dan saling mengenali. Jadi, tiada masalah untuk berkawan selepas ini.
"Lagipun, tiada sebarang perbalahan dan kami membuat keputusan setelah berbincang bersama.
"Jangan terkejut sekiranya kami akan tetap keluar bersama dan berbual seperti biasa," kata model cantik ini.
Terlalu sibuk
Bercerita mengenai punca keretakan hubungan itu, Jenner mengakui bahawa masa yang ada untuk mereka berdua amat terhad.

Bukan sahaja dirinya, malah Styles juga berhadapan dengan kekangan masa untuk kerjaya, diri sendiri dan kekasih.
Katanya, walaupun pada dasarnya ia dilihat begitu tenang, namun masing-masing terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk memikirkan secara serius mengenai pasangan.
"Kami sama-sama sibuk, saya dengan kerjaya saya dan Styles pula dengan penghasilan album dan konsert jelajah, One Direction.
"Jadi, kami tidak mahu sebarang masalah besar yang timbul di kemudian hari akibat perkara sekecil ini.
"Malah, kawan-kawan juga tidak terkejut apabila mendapat tahu mengenai perkara ini kerana mereka sudah menjangkakan hubungan kami tidak akan bertahan lama," katanya.
Sebelum ini, Styles juga pernah meramalkan bahawa hubungan asmara ini tidak akan kekal lama kerana mereka masih muda dan mempunyai banyak waktu untuk bersuka-ria.
Ingin bebas
Masih di bawah kawalan keluarga dan mendiami rumah yang sama, Jenner mengakui, terlalu sukar untuk bergerak bebas.
Setelah berfikir panjang, Jenner berhasrat untuk berpindah dari rumah keluarganya itu dan hidup secara berdikari.
Walaupun baharu sahaja meninjak usia 18 tahun, namun Jenner yakin bahawa kehidupannya akan lebih terurus tanpa kawalan ibu, Kris Jenner.
"Saya perlu berdikari dan tidak selamanya saya akan berada di bawah ketiak ibu saya.
"Lagipun, saya yakin dengan kemampuan saya untuk menguruskan diri sendiri," katanya ketika tampil dalam rancangan realiti, Keeping Up With The Kardashian.
Pun begitu, hasrat Jenner memberi kegusaran buat ibunya yang tidak sanggup untuk melepaskan anak perempuannya itu.
"Saya tidak pernah bersedia untuk membiarkannya (Jenner) keluar dari rumah ini. Dia masih anak kecil saya," katanya.
Tawaran filem porno
Mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang peragaan, Jenner, juga turut menerima tawaran lumayan daripada syarikat penerbitan.
Walaupun sebelum ini tidak pernah terlibat dalam sebarang lakonan filem, namun Jenner dilamar untuk menjadi pelakon.

Malah, Jenner menerima kejutan luar biasa apabila ada syarikat penerbitan yang setuju untuk membayarnya RM6 juta untuk penghasilan filem porno.
Tidak seperti Kim Kardashian, Jenner bukanlah gadis remaja yang mudah untuk dibeli walaupun dengan nilai yang tinggi.
"Dalam keluarga saya, sayalah yang paling pemalu dan pendiam. Saya terkejut menerima tawaran berkenaan, namun tidak terlintas untuk menerimanya.
"Mungkin tawaran itu boleh diberikan kepada orang lain kerana buat masa ini, saya belum bersedia dan tidak berminat.
"Tidak mungkin saya akan terima tawaran itu," katanya yang pernah berangan-angan untuk bergelar model Victoria’s Secret.

0 comments:
Post a Comment