Loading...
Sunday, February 23, 2014

Metallica keluar album baru

BERITA baik buat peminat kumpulan metal legenda dari Amerika Syarikat (AS), Metallica.

Menerusi temu bual bersama majalah Kerrang, kumpulan itu akhirnya mengesahkan mereka sedang dalam proses pembikinan album baharu, tahun ini.

Pengesahan itu dibuat oleh gitarisnya, Kirk Hammet.

Bagi Hammet, tiada alasan lagi untuk tidak membuat album dan mereka juga sudah mula mengumpulkan material bagi album baharu tersebut.

"Kami sudah mula berkumpul dan tak sabar nak membuat lagu baharu.

"Malah, saya pun sangat bersemangat untuk melakukannya," lapor NME.com.

Difahamkan, album baharu itu akan dilancarkan pada 2015.

Kali terakhir kumpulan ini melancarkan album adalah, Death Magnetic pada 2008.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP