Loading...
Thursday, February 27, 2014

Teruja untuk hamil

WAH! Kalau Rozita Che Wan teruja untuk hamil di usia 40-an, penyanyi asal Hollywood ini dikhabarkan turut teruja untuk mengandung sekali lagi.
Christina Aguilera dilaporkan sangat tidak sabar untuk memiliki anak kedua dan mengharapkan dia hamil sekali lagi hasil hubungan dengan Matthew Rutler.
Sebelum ini, Aguilera sudah memiliki seorang anak lelaki bersama bekas suami, Jordan Bratman. Anak yang dinamakan Max itu kini sudah berusia enam tahun.
Keterujaan Aguilera berganda apabila dia dikatakan sudah mengandung dan sangat mengalu-alukan kedatangan ahli baharu dalam keluarganya. Dia dijangka akan melahirkan anak menjelang akhir tahun ini.
Satu sumber rapat memberitahu USMagazine.com bahawa kehamilan juri The Voice itu adalah sesuatu yang tidak dijangka. Semua ahli keluarga sangat teruja, malah Aguilera sangat suka untuk kembali memikul tanggungjawab menjaga anak kecil.
"Walaupun Aguilera belum membuat sebarang kenyataan tentang kehamilan itu, apa yang penting adalah bayi yang akan dilahirkan nanti sihat. Dia juga tidak kisah apa jantina bayi itu," kata sumber itu.
Rutler yang bekerja sebagai Pembantu Produksi telah berjumpa dengan wanita berambut perang itu di lokasi penggambaran filem Burlesque pada 2010 ketika Aguilera sedang diulit masalah rumah tangga dan sedia untuk bercerai.
Sebenarnya, Rutler sudah lama untuk merancang meminang Aguilera. Malah, dia sudah mereka bentuk cincin pertunangan sejak setahun lalu.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP