PENYANYI unik, Nicki Minaj terbabit dalam kontroversi baharu. Kali ini, dia meraih kejutan besar apabila disaman bekas penata rias rambutnya, Terrence Davidson sebanyak AS$30 juta (RM96 juta).
Davidson telah memfailkan saman tersebut di mahkamah daerah di Atlanta.
Lelaki itu mendakwa dia dan Nicki sudah membuat perancangan bersama untuk bisnes satu jenama rambut palsu, selain sebuah program realiti TV.
Menurut CNN, Davidson bekerja sebagai panata rias rambut Nicki sejak Januari 2010 dan sejak muncul dengan imej rambut palsu pelbagai warna yang unik, populariti penyanyi tersebut naik mendadak.
Davidson juga mendakwa dia mengalami kerugian selepas melihat rambut palsu rekaannya itu dijual menerusi internet secara online.
Ujarnya: "Rambut-rambut palsu rekaan saya khusus untuk Nicki Minaj banyak ditiru dan dijual secara online."
Peguam Davidson, Christopher Chesnut dalam kenyataannya berkata, saman tersebut bukan sekadar berkaitan isu rambut palsu.
"Pasti ramai yang mempersoalkan kenapa Terrence Davidson mahu menyaman Nicki Minaj kerana rambut palsu. Bisnis rambut membabitkan urusniaga mencecah bilion dolar.
"Ia bukan sekadar isu rambut tetapi lebih kepada hak kreatif individu. Ia tentang jenama yang telah dicipta oleh Terrence".
0 comments:
Post a Comment