Christina Aguilera akhirnya mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Matthew Rutler selepas tiga tahun bercinta.
Menurut laporan E Online, Christina mendedahkan perkara itu menerusi laman sosial Twitternya dan Matthew sekaligus melamar wanita berkenaan untuk menjadi isterinya.
"Dia sudah mengatakannya dan saya pun menjawab...," kata Christina dalam satu entri di laman sosial itu.
Penyanyi lagu Hurt itu turut memuat naik gambar cincin pertunangan yang diberikan oleh tunangnya dan dia memegang tangan Matthew sebagai simbolik menerima lamaran lelaki itu.
Sebelum ini, Christina pernah berkahwin dengan Jordan Bratman pada November 2005 sebelum bercerai pada Oktober 2010.
Pasangan itu turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Dalam perkembangan lain, Christina bakal membuat persembahan pada ‘Twin Towers @Live’ di Kuala Lumpur bersama bintang sensasi Korea Selatan iaitu Rain dan juga penulis lagu Craig David.
Mereka dijangka mengadakan persembahan secara percuma pada 28 dan 29 Mac depan di Menara Berkembar Petronas, KLCC dekat sini.
Persembahannya nanti akan turut dimeriahkan dengan artis-artis tempatan antaranya, Altimet, Oh Chentaku, Joe Flizzow, SonaOne dan Ila Damiaa.
Sejak 2011, Twin Towers @Live dianjurkan sebagai memeriahkan perlumbaan Formula 1, di Litar Antarabangsa Sepang manakala pada tahun ini perlumbaan itu akan diadakan bermula 28 Mac hingga 30 Mac.
Twin Towers @Live 2014 dibawakan oleh Petronas Primax dan Petronas Syntium.
0 comments:
Post a Comment