Katanya, kesan bencana Tsunami yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda dapat dijadikan sebagai iktibar agar masyarakat lebih menghargai negara sendiri selain ia memperlihatkan kebesaran Allah.
“Saya percaya, kalau kita datang ke Aceh, kita akan menjadi lebih merendah diri selepas melihat kesan akibat bencana itu yang mungkin juga boleh terjadi di Malaysia,” katanya.
Menurut Alyah, selama ini dia hanya menonton kesan Tsunami Aceh itu di televisyen dan apabila melihat peninggalan bencana berkenaan depan mata, ia memberi satu pengalaman yang harus dikenang sepanjang masa.
Katanya, kejadian bagaimana bot yang dibawa arus sehingga berada di atas bumbung rumah di Lampulo serta kapal jana kuasa yang beratnya 780 hanyut ke daratan adalah pengalaman luar biasa yang harus diteladani.
“Saya kagum penduduk Aceh mampu bangkit membangunkan semula negeri mereka selepas kemusnahan. Malah, pengajaran yang kita dapat betapa Allah itu penyayang kerana Dia memberikan pula kesenangan dengan aktiviti pelancongan semakin bertambah selepas kejadian itu.
“Malah, proses damai antara puak Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan kerajaan Indonesia juga dapat dilakukan selepas Tsunami. Ia hikmah selepas terjadinya musibah,’ kata Alyah.
Istimewanya penduduk di wilayah itu juga bersopan apabila kebanyakan wanita Islam diwajibkan bertudung selain pemerintahnya mengamalkan undang-undang Islam termasuk merotan pasangan khalwat depan khalayak
Sepanjang tiga hari berada di Aceh, Alyah turut berpeluang melawat dua buah masjid yang terselamat daripada bencana Tsunami iaitu Masjid Baiturrahman serta Masjid Baiturrahim.
Turut dikunjungi ialah Muzium Tsunami, Muzium Putroe Phang, serta Pulau Weh.
0 comments:
Post a Comment