Bakal mendirikan rumah tangga bersama pilihan masing-masing pada tahun ini, dua penyanyi yang mempunyai ikatan persaudaraan ini, percaya peminat akan terus menyokong perjalanan seni mereka.
“Saya tak takut mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Walaupun mungkin ramai yang menganggap kami terlalu muda untuk melangkah ke alam perkahwinan.
“Namun, bagi saya perkahwinan itu adalah sebagai langkah untuk mulakan kehidupan baharu bersama orang yang disayangi dan saya tak sabar untuk merasai pengalaman berumah tangga.
“Perkara tersebut juga adalah sangat baik. Namun, sebagai artis, kami akan sentiasa dimiliki oleh peminat,” kata Syarif yang akan menamatkan zaman bujang bersama tunangnya, Syarifah Malak Aimana, pada hujung tahun ini.
Sementara, Alyph, bersama pasangannya, Azzah Fariha Samad, 27, memilih September depan untuk merealisasikan perkahwinan mereka. Memilih lokasi perkahwinan di negara kelahiran sendiri, baik Alyph mahupun Syarif, mengharapkan hari bahagia mereka itu akan berjalan dengan lancar.
Tak ganggu kerjaya
Meskipun sibuk membuat persiapan perkahwinan, Sleeq berkata, ia tidak sedikit pun mengganggu kerjaya mereka. Malah dalam tempoh tersebut, mereka dapat membahagikan masa dengan sebaiknya.
"Persiapan perkahwinan kami tinggal beberapa peratus saja lagi untuk siap sepenuhnya. Kami bekerja seperti biasa, walaupun sibuk, namun ia tidak mengganggu kerjaya kami untuk membuat persiapan tersebut.
“Buat masa ini, segala persiapan masih dilakukan.
"Kami menggunakan segala khidmat perkahwinan seperti pelamin, catering, dekorasi, pakaian semuanya dari Singapura.
"Mungkin ada beberapa keperluan seperti fotografi atau videografi akan kami import dari Malaysia,” kata Sleeq yang akan membawa isteri mereka tinggal bersama di Malaysia selepas berumah tangga nanti.
Bagi menjadikan perkahwinan mereka itu lebih istimewa, Sleeq turut mencipta sebuah lagu baharu, Satu, yang ditujukan khas buat bakal isteri mereka.
Sementara itu, ditanya mengenai kemenangannya di malam Anugerah MeleTOP, Sabtu lalu, mereka agak terkejut dan tidak menyangka kemenangan itu.
Bagaimanapun, kedua mereka bersyukur apabila hasil karya dan pembawaan muzik mereka diterima oleh masyarakat di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment