Atas niat berkongsi detik indah bersama peminat, pelakon berkarakter, Nabila Huda tidak kisah memuat naik foto kenangan dan cukup teruja membaca komen peminat.
Bagaimanapun, bagi Nabila, andai ulasan yang diberi tidak ada kaitan dengan gambar, sebaliknya dijadikan ‘saluran’ mempromosikan perkhidmatan atau produk, ia seolah-olah mengganggu privasi dirinya.
“Jangan salah guna dengan meninggalkan komen mengenai barangan jualan pada gambar yang saya muat naik. Itu tidak beradab,” katanya kepada HIP.
Nabila mengulas dakwaan kononnya beliau ‘naik angin’ dalam laman Instagram miliknya, baru-baru ini yang dikatakan berpunca tindakan segelintir pihak mempromosikan perkhidmatan dan produk melalui laman sosial itu.
Pelakon itu tambah bengang apabila ruangan komen sarat dengan butiran perniagaan pihak terbabit.
“Saya tidak ada masalah kalau mereka nak berniaga. Buka akaun dan buat promosi, bukan dengan cara murahan dan ganggu akaun milik orang lain,” katanya.
0 comments:
Post a Comment