Loading...
Monday, February 17, 2014

Batman pun suka derma tau

TERAJU utama filem Batman terbaru, Ben Affleck menunjukkan sikap dermawannya kepada seorang pelayan kafe apabila memberi tip sebanyak USD 90 (RM297) kepada lelaki tersebut.
Affleck sebelum itu memesan sebuah kopi berharga USD10 (RM33) dan sebaik pesanan tiba, dia memberikan USD100 (RM330) kepada lelaki tersebut.
"Affleck hanya singgah untuk memesan secawan kopi espresso dan memberikan USD100 (RM330) kepada pelayan.
Setelah pelayan itu kembali dengan baki duitnya, Affleck meminta lelaki tersebut menerima sebagai tip.
"Pelayan itu sangat gembira kerana dia bukannya dari kalangan orang senang dan pelayan tersebut dapat membawa ibunya keluar makan dengan duit tip yang diberikan Affleck," ujar salah satu sumber yang bekerja di restoran tersebut.
Sebelum ini juga, Affleck pernah membayarkan barang-barang yang dibeli oleh seorang wanita di sebuah pasar raya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP