Seperti yang umum sedia maklum, Anugerah Meletop ERA (AME) sudah pun melabuhkan tirainya pada malam Sabtu lepas dan meninggalkan pelbagai respon positif serta negatif di kalangan penonton.
Majlis anugerah tersebut menyaksikan ramai selebriti tempatan bergaya sakan dengan pakaian yang dihasilkan oleh pereka fesyen pilihan masing-masing.
Selain daripada Neelofa yang mendapat kritikan pedas dengan fesyen peliknya, Tasha Shilla turut mendapat perhatian daripada pengikut tegar perkembangan seni tempatan.
Memang tidak dapat dinafikan, busana yang dipakai oleh Tasha nampak cantik, tiada cacat cela, dan berjaya menyerlahkan bentuk badannya dengan sempurna.
Bagaimanapun, timbul pula spekulasi yang mengatakan Tasha memakai padding supaya bahagian dada dan punggungnya kelihatan lebih menonjol.
Tasha yang dihubungi oleh OHBULAN! sebentar tadi menafikan perkara itu sekeras-kerasnya sambil menegaskan badannya adalah original.
0 comments:
Post a Comment