Loading...
Monday, February 10, 2014

Gwyneth Paltrow & Chris Martin Bertengkar Isu Tempat Tinggal


Gwyneth Paltrow dan Chris Martin kerap bertengkar kerana hal tempat tinggal.
KHABAR berita kurang enak datang daripada pasangan Gwyneth Paltrow dan Chris Martin apabila rumah tangga mereka dikatakan mula goyah.
Menurut laporan Showbizspy, pasangan ini sering bertengkar mengenai hal tempat tinggal di mana Chris tidak selesa dengan suasana bandar Los Angeles, Amerika Syarikat.
"Chris mahu pulang ke rumah lamanya di London, United Kingdom kerana tidak suka dengan suasana di Los Angeles, tempat mereka tinggal ketika ini.
"Malah Chris turut bertegas mahu pulang ke negara asalnya selepas tamat sekolah semester tahun akhir, dua anak mereka iaitu Apple dan Moses," kata sumber.
Pasangan itu pernah menetap di London dan kemudian berpindah ke Los Angeles kerana Gwineth ingin berada dekat di samping keluarga dan teman-temannya.

Hal sama berlaku pada Chris apabila vokalis kumpulan Coldplay ini berasa jauh daripada teman-teman dan keluarga sejak menetap di Los Angeles.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP