Loading...
Monday, February 10, 2014

Selena Gomez Masuk Pusat Pemulihan

PENYANYI Selena Gomez mengaku mendaftarkan diri ke sebuah pusat pemulihan di Arizona pada Januari lalu selama dua minggu.
Daily News melaporkan keputusan untuk ke tempat tersebut bukan atas paksaan sesiapa sebaliknya Selena sendiri yang ingin berbuat demikian.
Bagaimanapun, jurucakap kepada penyanyi itu menafikan Selena mengalami ketagihan dadah atau alkohol sehingga dia ingin mendapatkan bantuan di pusat pemulihan tersebut.
"Dia ingin berehat dan menenangkan fikiran dan bukannya kerana ketagihan alkohol atau pun dadah," kata jurucakapnya.
Sebelum itu, Selena membuat pengumuman membatalkan konsert jelajahnya pada Disember lalu dan memohon maaf kepada para peminat berhubung masalah berkenaan.

Sumber lain mendedahkan, Selena dilaporkan pernah mengambil beberapa jenis dadah kerana tertekan hubungannya dengan Justin Bieber putus.
Keluarga dan rakan-rakannya bimbang dengan keadaan penyanyi itu dan menyokong keputusan Selena untuk mendapatkan bantuan di pusat pemulihan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP