Loading...
Monday, February 10, 2014

Mana Satu Betul? Pekin & Uqasha Terus Kunci Mulut Isu Putus Tunang

Uqasha hadir bersendirian ke Anugerah Meletop Era yang berlangsung pada Sabtu lalu tanpa ditemani Pekin. Foto SHA'ARI CHE MAT.
PETALING JAYA: Ketika kenyataan bercanggah mengenai status sebenar hubungan Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose hebat diperkatakan, pasangan itu mengambil langkah untuk mengunci mulut berhubung isu berkenaan.
Usaha mStar Online bagi mendapatkan kenyataan susulan daripada Uqasha gagal apabila aktres berusia 22 tahun tidak mahu memberi sebarang komen.
"Maaf kerana tidak dapat mengulas apa-apa buat masa ini," katanya ringkas menerusi mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp kepada mStar Online di sini pada Isnin.
Uqasha dalam satu kenyataan kepada sebuah akhbar Ahad lalu mendedahkan Pekin telah meminta supaya mereka memutuskan hubungan atas alasan tiada persefahaman.
Jelas Uqasha, keputusan Pekin itu dibuat pada 3 Februari lalu dan perancangan untuk berkahwin juga tidak menjadi kenyataan.
Bagaimanapun dalam laporan sama, Pekin menafikan perkara tersebut dan mendakwa hubungan mereka masih lagi kekal sebagai pasangan kekasih.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Julai tahun lalu.
Kenyataan bercanggah itu menimbulkan tanda tanya apakah sebenarnya yang berlaku.
Kedua-dua pasangan itu pernah berhadapan dengan kontroversi sebelum ini apabila Pekin mahu memutuskan pertunangan selepas mendakwa mempunyai bukti Uqasha bermain kayu tiga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.
Bagaimanapun pertemuan empat mata di antara dia bersama pelakon itu telah melenyapkan salah faham tersebut.
Sementara itu, Pekin dalam satu mesej menerusi aplikasi sosial yang sama kepadamStar Online pada petang Isnin memohon maaf kerana tidak dapat membuat sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan.

“Maaf saya tak dapat nak ulas,” katanya.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Julai tahun lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP