Malah, mereka turut menghabiskan masa bersama di beberapa majlis serta acara yang melibatkan industri.
Namun, hubungan itu tidak pernah dibicarakan secara umum oleh Rihanna mahupun Drake Aubrey Graham.
Pun begitu, baru-baru ini, penyanyi lagu Umbrella ini dikatakan telah kembali ke pangkuan Drake.
Ada yang menyaksikan, pasangan ini menggunakan perkhidmatan teksi bersama dan menuju ke kelab malam, Hooray Henry, di Los Angeles.
Walaupun sedaya upaya cuba menyembunyikan hubungan asmara itu, namun ternyata ia dapat di hidu masyarakat khususnya peminat.
"Daripada dahulu sehingga kini, kami masih berkawan. Namun, untuk mengakui bercinta itu, mungkin memerlukan lebih masa lagi.
"Namun, saya selesa bersama Drake dan kami boleh menjadi kawan rapat," katanya lagi.
Pun begitu, ada sumber memberitahu, Rihanna dan Drake mula rapat sejak akhir tahun 2013.
Rai Valentine bersama?
Walaupun menafikan hubungan yang terjalin, namun penyanyi kelahiran Barbados ini tetap menginginkan Drake pada 14 Februari ini.
Lebih selesa menyambut Hari Valentine bersama Drake, Rihanna atau lebih mesra disapa Riri ini menganggap hanya penyanyi lagu, Make Me Proud itu yang dapat menghiburkannya.
"Tidak salah sekiranya kami sambut Valentine bersama walaupun hanya sekadar kawan rapat.
"Sehingga kini, dia (Drake) adalah lelaki yang paling rapat dengan saya dan kami banyak berkongsi cerita bersama.
"Lagipun, dia juga tidak ada pilihan kerana tiada kekasih. Kami akan sambut dengan gelak ketawa, makan coklat dan minum bersama," katanya yang mengakui Drake adalah lelaki yang 'gentleman'.
Tambah Riri, sepanjang bersama Drake, dia dapat merasakan kelainan apabila jiwanya tenang dan rasa selamat.
"Dia seorang lelaki yang sangat memahami, pendengar yang baik, dan sentiasa mendorong kerja-kerja seni saya," katanya.
Bakar surat Brown
Berbicara mengenai Riri, pasti tidak terlepas daripada kemelut cintanya bersama Chris Brown, pada satu ketika dahulu.
Kecundang di tengah jalan kerana sikap Brown yang sentiasa menyakiti hatinya, Riri lebih selesa memadamkan kesemua kenangan bersama penyanyi itu.
Malah, sebelum ini, surat permohonan maaf yang dihantar Brown pada malam tahun baru lalu, turut dibakar.
Menurut Riri, dia tidak terlintas untuk menyimpan apa-apa lagi yang berkaitan dengan Brown.
"Sudah terlambat untuk dia memohon maaf dan memberi apa-apa janji kerana saya tidak memerlukan dia lagi.
"Malah, tindakan saya membakar surat itu merupakan 'pembuangan yang baik'. Pun begitu, saya tidak membencinya namun kecewa dengan segala tindakannya sebelum ini.
"Walaupun dia cuba berbuat baik kepada saya, namun saya sukar untuk melupakan segala kelakuannya terhadap saya sebelum ini," katanya yang yakin hubungan itu tidak akan kembali terjalin untuk masa akan datang.
Papar aksi lesbian?
Sepanjang pembabitan bintang ini dalam kerjaya seni, jarang sekali namanya dikaitkan dengan kontroversi hebat yang boleh menjejaskan reputasinya sebagai selebriti.
Walaupun kisah cinta Riri sering bertebaran di laman sosial, namun Riri lebih selesa membiarkan isu itu berlalu dibawa angin lalu.
Namun, menerusi single terbarunya hasil kolaborasi bersama, Shakira, Can't Remember to Forget You, selebriti ini turut terkena tempias.
Menerusi video lagu itu, ada yang berpendapat, ia seperti mempromosikan aksi lesbian dengan adegan yang tidak sepatutnya dilakukan.
Malah, ada yang menganggap bahawa perlakuan itu membawa kesan buruk kepada peminat ciliknya.
Namun, sehingga kini, baik Riri mahupun Shakira, mereka belum tampil memberikan penjelasan dan lebih selesa mengunci mulut.
0 comments:
Post a Comment