Loading...
Sunday, February 16, 2014

Shinta bashir bogel

PANAS! Nama bintang filem Kawin Kontrak 3, Shinta Bachir kini menjadi bualan gara-gara penyebaran klip video yang memaparkan dirinya berbogel di laman sosial.
Biarpun sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan namun masih tiada maklumat tentang individu yang bertanggungjawab menjatuhkan maruah Shinta itu.
Lebih menyedihkan apabila keluarga Shinta yang tinggal di pedalaman Yogyakarta turut menerima tempias daripada kontroversi tersebut.
Ternyata mereka terpaksa menanggung malu akibat penyebaran klip video tersebut dan merasakan Shinta tidak berhati-hati sepanjang mencari rezeki sebagai pelakon.
Keadaan bertambah teruk apabila keluarganya enggan menerima penjelasan daripada gadis berusia 28 tahun ini berhubung perkara tersebut.
"Saya buntu memulihkan kepercayaan mereka (orang tua) terhadap saya. Mereka masih belum dapat menerima hakikat," katanya kesal.

Sebelum ini industri hiburan Indonesia kecoh apabila klip video seorang wanita sedang berbogel yang dipercayai mirip wajah Shinta tersebar.
Dirakam
Klip video berdurasi 1 minit 24 saat berkenaan dirakam oleh individu tidak bertanggungjawab ketika Shinta dipercayai sedang menukar pakaiannya.
Shinta yang mengakui wanita di dalam klip video itu adalah dirinya memberitahu perkara tersebut berlaku ketika penggambaran filem terbaharunya, Pulau Hantu 3.
Tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang terlibat di dalam penggambaran yang sama tanpa sebarang bukti kata Shinta, dia berharap agar ada pihak yang tampil membantu membersihkan namanya.
"Saya kecewa apabila tiada siapa yang tampil membantu di dalam hal ini," katanya.
Malah dalam usahanya untuk melupakan episod ‘gelap’ tersebut, Shinta memberitahu mahu menukar imej seksinya kepada bertudung selepas ini.
Dia berharap agar penghijrahannya itu akan mengubah persepsi masyarakat terhadapnya lebih-lebih lagi semenjak memegang status janda dua tahun lalu yang sekali gus menjadikan Shinta sentiasa menjadi bualan masyarakat.
"Saya tahu tak ramai lelaki yang mahu wanita ‘liar’ seperti saya. Tapi berilah saya peluang, saya akan buktikan saya sudah berubah," katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP