Loading...
Monday, February 17, 2014

Simon dulu tak suka baby tapi skang dah jd bapak

SEMUA teman rapatnya tahu yang Simon Cowell tidak pernah menginginkan anak.
Malah dia tidak pernah menunjukkan sikap mesra kepada kanak-kanak dan memberitahu semua kawannya yang dia tidak mempunyai nilai-nilai seorang bapa yang baik.
Tetapi nampaknya sebaik sahaja anak sulungnya, Eric dilahirkan ke dunia pada 14 Februari, Simon, 54, menjadi orang yang pertama mengumumkannya di laman Twitter.
Kini tanpa rasa kekok, dia mempamerkan kepada dunia sekali lagi menerusi laman sosialnya bagaimana dia mendakap bayinya itu dengan penuh kasih sayang dan manja sekali.
Kekasihnya, Lauren Silverman melahirkan anak lelaki mereka.
Simon menulis kata-kata berikut bersama-sama foto yang baru dimuatnaikkan itu;
"'Ibu, ayah dan Eric. Sekarang baru berusia dua tahun."
Malah dia juga menulis; 'Saya tidak pernah terfikir dan tahu betapa penuh kasih sayang dan rasa bangga yang dapat saya rasakan sekarang.'
Kekasihnya, Lauren Silverman melahirkan anak lelaki mereka yangdinamakan sempena nama bapa Simon, Eric pada saat dia sedangmenguruskan episode X-Factor di London.
Bayi yang diberi nama Eric

Simon menggunakan jet peribadinya untuk terbang semula ke New York untuk menyambut kelahiran bayinya itu sebaik sahaja menerima panggilan telefon dari Lauren.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP