Loading...
Monday, February 17, 2014

Yana dah tiba masa

Keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama syarikat pengurusan MIG Talent bukan disebabkan pertelagahan, sebaliknya ujar pelakon, Norliana Samsudin, 30, ia dibuat kerana ingin berdikari.

Kira-kira sedekad mengikat kontrak dengan syarikat milik David Teo, yang berakhir pada 26 Februari ini, wanita yang mesra disapa Yana itu memberi tahu pengundurannya juga dibuat secara baik. 
Tidak menafikan MIG menjadi penyumbang utama rezeki dalam tempoh terbabit, Yana nekad dan sentiasa percaya pendapatan ada di mana juga. Justeru, beliau tidak gentar memilih untuk membawa haluan sendiri. 



“Rasanya cukuplah 10 tahun bersama MIG. Tidak dinafikan memang MIG banyak membantu melonjakkan kerjaya lakonan saya, tetapi selama mana saya hendak terikat? Saya berundur bukan sebab bermasalah dengan majikan, malah saya menganggap David seperti bapa.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP