Dilahirkan dalam keluarga yang cukup harmoni, anak kepada Foo Kia Suan dan Anita Foo ini menjadi kegilaan wanita sejak dari zaman sekolah lagi.
Tidak menolak pernah mendapat surat cinta sejak dari zaman sekolah, menurut Keith pada waktu itu dia tidak berpeluang untuk mengenali cinta. Baginya diwaktu itu, sukan dan rakan-rakan merupakan fokus utama. Perkahwinan campur ayahnya yang merupakan seorang berbangsa Cina dan ibunya daripada keluarga India, telah membuka peluang untuk dia bergaul dengan rakan-rakan daripada pelbagai bangsa.
Saya tidak tahu sama ada jadi kegilaan atau tidak, saya tidak pernah ada teman wanita pada waktu itu.
Jujurnya waktu saya kalau tidak di sekolah, saya akan berada di padang untuk bersukan. Memandangkan abang-abang saya juga suka bersukan, jadi waktu saya itu akan dihabiskan bersama mereka," katanya.
Mengakui beberapa kali menerima surat cinta daripada gadis yang tidak dikenali pada zaman persekolahan, bagi Keith itu hanya pengalaman biasa seorang remaja. Memandangkan dia pernah mewakili sekolah dan Negeri Sembilan beraksi di Sukan Malaysia (Sukma), pastinya peluang bertemu peserta dari negeri lain amat tinggi dan ia adalah impian banyak pelajar lelaki sekolah.
Memang saya pernah terima surat cinta daripada gadis. Selalunya mereka dari negeri lain yang turut berada di kejohanan yang sama. Tetapi diwaktu itu memang saya tiada idea langsung mengenai cinta, jadi memang saya tidak layan. Saya jenis yang sangat fokus kepada bidang yang saya minat, cinta bukan minat saya ketika itu," katanya disulam ketawa.
Bercerita dengan lebih mendalam mengenai memori dirinya sewaktu kecil, menurut Keith tiada apa yang lebih indah untuk mengingati pengorbanan kedua ibu bapa terhadap dirinya.
Sebenarnya sebelum perniagaan ayah saya dalam keadaan stabil, ibu saya memilih untuk membantu ayah dengan membuka gerai makanan. Dari situ saya selalu menolong ibu, selalunya ke kedai membeli beras. Selain membantu ibu, saya juga membantu ayah. Pengalaman lalu itu kalau diikutkan terlalu mahal harganya dengan apa yang saya kini. Tanpa mereka saya mungkin bukan sesiapa," katanya jujur.
Mahu kahwin
Menyelongkar kisah cinta pelakon kacak ini, pasti ramai yang tahu dia pernah dikaitkan dengan pelakon Indonesia, Tyas Miransih. Bagaimanapun jodoh mereka tidak ada apabila sudahpun berpisah sejak setahun lalu. Tidak menyorokkan perasaan hati kini Keith sekali lagi memperkenalkan teman wanita baharu yang bernama Kim Raymond.
Kami sudah mengenali sejak 10 tahun lalu, bermula sebagai rakan dia kini teman wanita saya. Mengenali dia, saya akui Kim memang seseorang yang sangat memahami saya. Mungkin tempoh pengenalan kami menjelaskan segala-galanya," katanya.
Tidak menolak pernah terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi, bagi Keith semuanya terletak kepada ketentuan jodoh. Bagaimanapun Keith tidak menolak dengan umurnya kini dia yakin untuk meneruskan hubungan ini ke fasa berikutnya.
Kalau ada jodoh, kenapa tidak? Umur saya pun bukan semakin muda. Buat masa ini dia masih lagi berada di luar negara, jadi dalam waktu terdekat ini mungkin belum lagi," katanya.
Berkongsi tips menjalani hubungan jarak jauh dengan kekasihnya yang kini belajar di Australia, tiada apa yang terlalu merisaukan dia dan Kim memandangkan mereka memberi kepercayaan buat diri masing-masing.
Memang saya akan pastikan untuk menghubunginya sekerap mungkin, dengan bantuan teknologi kini, sampaikan waktu makan juga saya boleh beritahu dia. Jadi tidak timbul masalah dengan hubungan jarak jauh lagi. Soal kepercayaan pula, dia kenal saya siapa. Setelah berkenalan hampir 10 tahun saya yakin dia lebih faham saya," katanya.
Ramai sebenarnya yang tidak tahu akan impian peribadi yang sudah lama disimpan pelakon kacak ini. Mahu membina sebuah rumah kebajikan di atas tanah peninggalan nenek moyangnya, ia adalah impian besar Keith pada masa depan.
Impian ini memang sudah lama sebenarnya, sebenarnya rumah nenek saya itu sangat besar, ada 10 bilik. Sekarang ini ia tidak didiami sesiapa, jadi rumah tinggal sahaja. Baru-baru ini saya ada nyatakan hasrat untuk menukar rumah peninggalan itu menjadi rumah kebajikan yang akan memelihara anak-anak miskin kepada ibu saya. Ternyata dia sangat menyokong saya dan mahu saya meneruskan impian itu.
Buat masa ini semuanya masih dalam proses perbincangan lagi, ialah bukan mudah semuanya memerlukan jumlah wang yang agak besar serta melibatkan banyak pihak. Cumanya apabila tercapai impian saya ini, akan terasa ringan beban yang ingin saya sampaikan kepada masyarakat," katanya.
0 comments:
Post a Comment