Loading...
Friday, April 11, 2014

Lagu Tema Drama My Love From The Star, My Destiny Ungguli Carta


ARTIS MELETOP

Lagu Tema Drama My Love From The Star, My Destiny Ungguli Carta



Bagi peminat drama Korea, sudah pasti anda sudah menonton drama bersiri popular berjudul ‘My Love From The Stars’ yang pernah disiarkan di One HD (saluran 393) baru-baru ini.

Sehebat dramanya, lagu tema drama bersiri ini iaitu 'My Destiny' yang dinyanyikan oleh ratu balada Korea, Lee Se Jin atau lebih dikenali sebagai Lyn telah mendapat sambutan hangat di seluruh Asia.

Sebelum ini hanya nama-nama artis berkumpulan seperti Big Bang, 2NE1, Super Junior atau Girl Generation saja yang sering menduduki carta di seluruh Asia dengan cemerlang.

Namun Lyn berjaya membuktikan bahawa penyanyi solo juga mampu berjaya seperti mana artis berkumpulan. Lebih membanggakan apabila Lyn atau nama sebenarnya Lee Se Jin berjaya menduduki carta teratas iTunes Single Chart di Hong Kong dan Taiwan serta top 20 di carta Malaysia, Indonesia dan Singapura.




Ini merupakan kejayaan yang agak besar bagi Lyn kerana jarang bagi penyanyi solo untuk berada di tangga teratas carta seperti ini.

Di China, ‘My Destiny’ telah mendapat sambutan positif di mana drama tersebut terlalu popular sehingga lagu tema itu sering diputarkan di pusat membeli-belah dan juga tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan ramai.

Kejayaan demi kejayaan yang diterima oleh lagu tersebut menyebabkan Lyn kini dikenali di seluruh Asia.

Lagu ‘My Destiny’ merupakan sebuah lagu berentak 'soft acoustic' ditambah pula dengan suara Lyn yang mendayu-dayu telah menjadikan lagu lebih indah dan membuatkan penonton terbuai-buai dengan alunan lagu tersebut.

Lyn sebelum ini pernah menyanyikan lagu tema untuk drama popular terbitan MBC iaitu ‘The Moon That Embraces The Sun’ dan berjaya menguasai carta.

Jom dengar alunan suara merdu Lyn di bawah :



0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP