ARTIS MELETOP
Fiza Elite Failkan Penceraian?
Perkhabaran tidak baik mengenai kisah rumah tangga Adam AF dan Fiza Elite semakin bertebaran di mana-mana media sejak kebelakangan ini.
Walaupun Adam sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya bergaduh manja namun menurut dari sumber sebuah akhbar harian mengatakan si isteri sudah pun berkunjung ke Mahkamah Syariah di Shah Alam, Rabu lalu untuk menfailkan penceraian.
Hmm, rasanya baharu lagi usia perkahwinan pasangan ini, kalau ada masalah, lebih baik dibawa berbincang ataupun merujuk kepada mana-mana pihak kaunseling perkahwinan.
Yelah, kita orang luar hanya boleh berkata-kata, yang melaluinya adalah mereka berdua.
Apa-apa pun kita doakan semoga perkahwinan mereka dapat diselamatkan dan jodoh mereka dipanjangkan. Biasalah adat dalam berumahtangga, pasti ada pasang surutnya.
Untuk makluman, Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu di Bangunan Sultan Idris, Jabatan Agama Islam Selangor, Jais, Shah Alam
0 comments:
Post a Comment