Loading...
Sunday, April 13, 2014

Misteri Encik Mimpi


ARTIS MELETOP

Misteri Encik Mimpi



SAMA ada sudah berkahwin atau belum, lebih baik mengaku sahajalah! Barangkali ramai yang bengang dengan penyanyi yang terkenal dengan imej ala Tuksedo Bertopeng, salah satu karakter dalam animasi Jepun Sailormoon ini.

Didakwa sebenarnya sudah berkahwin, Encik Mimpi yang popular dengan lagu Rindukanlah ini bagaimanapun lebih gemar untuk berteka-teki.

Isu mengenai dia telah berkahwin itu muncul sekitar dua minggu lepas apabila ada yang mendakwa penyanyi ini telah selamat bergelar suami kepada anak seorang ustaz yang tinggal di Gombak, Selangor.

Pun begitu tentu sekali semasa perkahwinan itu berlangsung, Encik Mimpi tidak memakai topeng dan tiada siapa mengenalinya di majlis tersebut kecuali ahli keluarga.




Dalam erti kata lain, Encik Mimpi mahu kahwin sorok-sorok tanpa mendedahkan identiti sebenar dirinya.

Hal ini bagaimanapun kononnya telah dibocorkan oleh pihak tertentu dan sampai ke pengetahuan pihak media.

Kebetulan bertemu dengan Encik Mimpi baru-baru ini, Pancaindera tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan hal sebenar kepada penyanyi berusia 25 tahun ini.

ARTISMELETOP: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya kantoi jatuh ke tanah juga. Percayalah cakap ARTISMELETOP, Tak lama lagi ARTISMELETOP akan memecahkan rahdia Encik Mimpi hehhe


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP