Loading...
Friday, April 18, 2014

Dynas Mokhtar Nafi Gosip Sudah Bercerai


ARTIS MELETOP

Dynas Mokhtar Nafi Gosip Sudah Bercerai



Macam bermusim pula bila mana banyak berlaku penceraian di kalangan selebriti tanah air sejak kebelakangan ini.

Siapa yang mahukan penceraian, tetapi kalau dah tertulis memang jodoh si polan A dengan si polan B hanya setakat di situ sahaja, siapalah kita untuk menidakkan perancangan Allah SWT.

Pelakon dan pengacara jelita, Dynas Mokhtar juga tidak terkecuali dikaitkan dengan isu penceraian apabila ramai pihak sudah mula membicarakan mengenai masalah rumah tangganya dengan suami, Hafizy Hafiz kini berantakan.




Dynas Mokhtar Nafi Ambil Borang Cerai

Namun, Dynas menafikan perkara tersebut malah mengatakan hubungan mereka masih lagi baik.

Memetik kenyataannya dalam sebuah akhbar harian, Dynas mengatakan, ”saya enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana hal ini melibatkan seluruh keluarga besar kami. Bagaimanapun, apa yagn boleh saya jelaskan di sini ialah hubungan saya dan dia masih lagi dalam keadaan baik. Kami juga masih lagi berhubung antara satu sama lain”.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP