Loading...
Monday, April 21, 2014

Vanessa Mae dakwa ibu seorang yang keras


ARTIS MELETOP

Vanessa Mae dakwa ibu seorang yang keras



Pemain biola terkenal, Vanessa Mae mendakwa ibunya menggunakan cara yang keras untuk mendisplinkan dirinya serta memperbaiki kesalahannya dalam latihan biola sejak kecil lagi.

Mae mendakwa ibunya, Pa­me­la Tan Nicholson yang merupakan seorang pemain piano se­­­ring menampar serta menarik te­linganya apabila dia melakukan kesalahan, selain memaksa dia meminta maaf, menurut laman web, MailOnline, baru-baru ini.

Mae yang kini berusia 35 tahun turut dihalang melakukan sebarang kerja selain berlatih bermain biola serta dilarang keluar rumah bersendirian sehingga dia mencapai umur 20 tahun, menurut laporan itu.




"Saya sering berada di hadapan beribu-ribu penonton konsert di atas pentas serta di kaca televisyen, tetapi saya tidak tahu melintas jalan sendiri.

"Saya juga tidak mengemas katil sendiri atau pergi ke kedai untuk membeli barang sendiri. Saya rasa saya terlalu dimanjakan kerana saya hanya dibenarkan bermain biola," katanya yang tidak menghubungi ibunya sejak hari lahirnya yang ke-21.

Namun, ketika Mae mewakili negaranya, Thailand dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk, baru-baru ini untuk acara ski, ibunya menghantar mesej ringkas mengucapkan selamat berjaya kepadanya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana kini saya boleh berdiri sendiri dalam karier saya," katanya.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP