Loading...
Monday, April 21, 2014

Daniel Radcliffe sukar mohon visa ke Amerika


ARTIS MELETOP

Daniel Radcliffe sukar mohon visa ke Amerika



Bintang filem Harry Potter, Daniel Radcliffe, baru-baru ini menghadapi masalah mendapatkan visa ke Amerika Syarikat (AS) untuk berlakon dalam persembahan teater terbaharunya di negara itu.

Radcliffe, 24, dilaporkan terpaksa menyediakan pelbagai keratan akhbar, selain dokumen-dokumen rasmi lain untuk menyokong permohonan visa tersebut bagi membolehkannya berlakon dalam teater bertajuk The Cripple of Inishmaan di Broadway di New York.




Sumber berkata, pelakon kelahiran Britain itu perlu membuktikan bahawa tiada warga AS mampu memegang watak tersebut selainnya.

"Dia bernasib baik kerana ulasan terbaik tentang lakonannya dalam persembahan yang sama di London, membolehkannya mendapat visa tersebut," kata sumber itu.

Sebelum ini, pelakon muda tersebut berkata, dia menyukai New York kerana terdapat pelbagai tarikan di bandar raya tersebut.

"New York merupakan sebuah bandar raya yang hebat," katanya.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP