Loading...
Sunday, April 13, 2014

Engku Emran pikat Erra kembali


ARTIS MELETOP

Engku Emran pikat Erra kembali



Hasrat bekas suami pelakon dan pengacara Erra Fazira, untuk memenangi hatinya terbukti apabila gambar anak perempuan mereka memakai baju putih dengan tulisan #prayformomandayah telah dimuatnaik di laman Instagram semalam.

Bekas suami Erra, Engku Emran Engku Zainal Abidin turut menyatakan hasrat dan keinginannya untuk memujuk dan memulihkan kembali rumah tangga mereka.

Menurutnya, anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5 turut bersetuju dan teruja apabila beliau menyatakan hasrat mahu memikat kembali hati ibunya.

“Saya perlu mulakan langkah terlebih dahulu, sejak tiga hari lalu saya cuba hantar mesej pesanan ringkas kepadanya dan luahkan perasaan sayang saya pada dia.




“Saya mengaku saya masih menyayangi dia dan saya tidak malu untuk berusaha memujuknya untuk kembali,” katanya dalam status pada gambar yang disiarkan di laman instagram miliknya.

Menurutnya, insiden perceraian yang terjadi pada 18 Febuari lalu adalah satu kesilapan dia mahupun Erra.

Emran dan Erra telah bercerai pada 18 Februari yang lalu dengan talak satu setelah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun namun dia tidak bersedia untuk mendedahkan punca perceraian mereka.

Emran pada sebelum ini turut memuat naik beberapa keping gambarnya dan Erra menerusi akaun miliknya iamkumbre untuk mengimbas semula saat-saat indah perkenalan mereka.

Hashtag #prayformomandayah dan juga #prayforerrakumbre diwujudkan buat peminat yang menyokong penyatuan semula pasangan ini.

Menurutnya lagi, dia turut berharap agar semua pihak serta peminat turut mendoakan yang terbaik buat keluarganya.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP