ARTIS MELETOP
Mengenang MH370 Luahan Rasa Farah Fauzana
Sangat tabah, sangat kuat & sangat redha dengan kehendak takdir, tu je bait-bait kata yang ARTISMELETOP boleh ucapkan bila tengok semangat yang ditunjukkan oleh anak gadis ketua pramugara pesawat MH370, Maira Elizabeth Nari. Melalui Twitternya, Maira meluahkan rasa rindu terhadap ayahnya dan jugak kata-kata yang bagi motivasi kepada dirinya sendiri serta mereka-mereka yang terlibat dalam peristiwa MH370.
DJ Radio Hot FM, Farah Fauzana yang turut mengikuti akaun milik Maira pun turut kagum dengan semangat gadis comel nie & menulis caption mengenai Maira yang turut disertakan dengan mesej di antara Maira & Farah Fauzana.
“ini cerita 15 hari sebelum hari ini.. mcmana sy bole follow Maira? sama seperti kamu, semuanya disebbkan kuasa RT. saya follow Maira kerana mahu tahu sampai mana tahap kecekalan gadis berusia 18thn ini.
benar… ada ramai lg keluarga diluar sana tetapi dek kerana si anak muda & dunia media social tdk dpt dipisahkan maka Maira kelihatan spt ‘mewakili’ suara & rasa keluarga yg lain.
tepat sekali, Maira sgt cekal! sgt positive! kdg kala saja terdengar dia mengeluh. niat dihati mahu berkongsikan sesuatu utk tatapan dia sahaja maka saya memberanikan diri utk DM (bukan apa, takut ketika dan waktu yg tdk mengiznkan bakal mengundang benda yg tdk baik dipihak dia) … dibalas? yes with a positive respond spt yg dijangka
fyi – saya menggunakan cara yg sama kpd beberapa rakan celebriti yg mungkin anda ingat kami saling kenal mngenali namun realitinya tdk. DM pernah saya gunakan kpd mereka, alhamdulillah kami berkwn spt kenal sejak kecil (u knw who u are my dear friends)
anda nak follow cara saya … terpulang kerana saya juga sama seperti kamu”
Di saat kritikal macam nie, sokongan mereka-mereka yang terkenal seperti Farah Fauzana pastinya sangat bermakna dan mungkin dapat menyuntik semangat buat keluarga & sahabat handai MH370. MiG Online turut tumpang bersimpati dengan berita yang kita terima sebelum nie. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk MH370, Amin.
0 comments:
Post a Comment