Loading...
Tuesday, April 1, 2014

Jilbab Ala KD Kini Popular, Kris Dayanti Akan Berhijab


ARTIS MELETOP

Jilbab Ala KD Kini Popular, Kris Dayanti Akan Berhijab



Nampaknya selepas berehat daripada aktif dengan aktiviti dunia seni hampir empat tahun lamanya, Kris Dayanti kembali menjadi tumpuan lensa jurugambar sejak akhir-akhir ini. Ibu kepada empat orang cahayamata ini sudah punya rencananya yang tersusun siap menjelang 2014.

Namun jika diperhatikan, penampilan diva pop sensasi ini pada malam ulangtahun kelahirannya pada 24 Mac lalu telah menarik perhatian jutaan rakyat Indonesia khususnya peminat Kris sendiri. Masakan tidak, khabarnya baju muslim wanita digayakan dengan jilbab/hijab oleh Kris Dayanti atau mesra disapa KD malam itu telah menjadi trend dan tidak sampai beberapa hari ia menjadi pakaian jilbab(hijab) paling laris dijual kini.

Perkara ini diceritakan sendiri oleh pelantun lagu Menghitung Hari itu yang kini berada di Malaysia bagi sidang akhbar sempena minggu setiausahanya serta pengenalan single terbaru daripadanya selepas empat tahun memberikan tumpuan kepada keluarga yang baru dibina bersama jutawan Timor Leste, Raul Lemos pada 2010 lalu.




“Mengenai penampilan saya itu, saya ada melihat posting di Path yang menjual baju muslim seperti itu dan saya bertanya bagaimana mahu membelinya. Jadi yang tuan punya akaun itu langsung bilang sama saya dia tinggal di Pekanbaru jadi ia boleh dikirim terus kepada saya.

“Langsung orang itu memberitahu dia mahu hadiahkan saya baju serta hijab tersebut dan saya telah pakai pada acara bersama anak-anak yatim itu. Memikirkan pasti saya sebagai tuan rumah akan sibuk jadi terus saya pakai hijabnya begitu, kemas dan sopan berbanding selendang yang akan jatuh dan sebagainya.

“Tiga hari selepas acara ulangtahun saya bersama anak-anak yatim itu, hijab yang sama dipakai saya sudah berada di pasaran Jakarta. Langsung mereka terus memanggilnya hijab/jilbab Ala KD dan perkara itu nyata memberikan petunjuk,InsyaAllah saya juga akan berubah kearah yang lebih baik,”ulasnya -mengenai penampilan sopan pada malam ulangtahun kelahirannya bersama anak-anak yatin itu.

Perkara seperti idea meraikan anak-anak yatim serta penampilan berjilbab KD diterima baik peminat menjelaskan kepada diva pop ini bahawa ia petunjuk buatnya agar suatu hari akan berubah atau berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik dari sekarang .

“Ternyata hanya dengan penampilan saya itu selain menjadi trend, ia bertukar menjadi rahmat dan doa daripada peminat. Saya terima ini semua sebagai petanda daripada Allah SWT bahawa semakin kita meningkat umur, tanggungjawab kita semakin besar .

“Ingatlah bahawa matlamat kita semua bukanlah dunia ini tetapi akhirat. Apabila sudah bersedia dan waktu yang diaturkan Allah tiba, pasti saya kekal menjaga batas saya sebagai seorang muslim. Saya juga yakin Raul juga akan lebih senang jika saya menukarkan gaya saya yang sekarang, lebih nyaman,”tuturnya lagi bila membicarakan soal penampilan sopannya yang memang menjadi sasaran penyanyi ini apabila sampai waktunya.

Sebagai bentuk rasa syukur, penyanyi ini melangsungkan sesi mengaji bersama keluarga dan puluhan anak yatim pada malam ulangtahun kelahirannya. Kris Dayanti tampak cantik mengenakan hijab kemas saat perayaan ulang tahunnya yang ke-39 pada Isnin lalu, 24 Mac di kediamannya, kawasan Jeruk Purut, Jakarta Selatan.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP