ARTIS MELETOP
Mariah Carey Tidak Kenal Kim Kardashian
Mariah dan Nick bakal meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam.
DALAM satu temu ramah dengan sebuah stesen radio, Nick Cannon menjelaskan isterinya iaitu Mariah Carey dia tidak pernah mengenali Kim Kardashian.
Nick memberi jawapan itu apabila ditanya adakah Mariah cemburu apabila mendapat tahu dia pernah mempunyai hubungan istimewa dengan Kim sebelum mereka berkahwin.
"Dia tidak mengenali Kim dan tidak pernah memberi perhatian kepada perkara-perkara yang dirasakan tidak penting untuk pengetahuannya," katanya ketika di temu bual sebuah stesen radio pada Rabu lalu.
Sebelum ini, Nick dalam satu temu ramah berbeza mendedahkan dia pernah meniduri Kim dan beberapa wanita lain seperti Christina Milian, Nicole Scherzinger dan Selita Ebanks.
Nick memberitahu, Mariah berang dengan sikapnya yang bermulut lantang apabila menghebahkan perkara itu selain memberi amaran supaya tidak bercerita hal berkaitan peribadi kepada umum.
"Dia mahu saya berhenti bercakap mengenai perkara peribadi dan memang dia marah tentang perkara itu," jelasnya.
Nick dan Mariah bakal meraikan ulang tahun keenam perkahwinan mereka pada penghujung bulan ini.
0 comments:
Post a Comment