ARTIS MELETOP
Gwen Stefani Tampil Langsing Selepas Bersalin
Gwen baru saja melahirkan anak pada 28 Februari lalu.
SATU hal yang pelik ditunjukkan oleh Gwen Stefani ketika mengadakan konsert sempena Coachella Valley Music And Arts Festival pada Sabtu lalu.
Menurut laporan portal Dailymail, selepas sebulan melahirkan anak, dia kembali muncul dengan persembahan yang energetik. Bukan itu sahaja, malah tubuh badannya dilihat langsing dan sempurna seperti sebelum ini.
"Jika melihat aksinya yang cukup ligat, orang mesti tidak percaya bahawa dia baru saja bersalin pada 28 Februari lalu.
Gwen mengejutkan orang ramai dengan penampilannya yang lebih langsing ketika mengadakan persembahan di Coachella.
"Tubuhnya nampak sempurna dalam pakaian gaya jumpsuit hitam itu. Pasti ramai wanita diluar sana akan cemburu," kata salah seorang peminat Gwen yang menyaksikan persembahannya itu.
Pada persembahan itu, Gwen turut tampil bersama penyanyi Pharell Williams.
Sebelum ini, sepanjang proses kehamilannya, tiada perubahan ketara pada tubuh badan Gwen, melainkan perutnya sahaja yang semakin membesar, seiring dengan pembesaran bayinya.
0 comments:
Post a Comment