Loading...
Tuesday, April 15, 2014

Anugerah Filem Pendek diperkenal


ARTIS MELETOP

Anugerah Filem Pendek diperkenal



SATU anugerah yang mengiktiraf bakat-bakat tempatan dan menyediakan ruang serta peluang buat industri hiburan Cina Malaysia untuk terus berkembang kini diperkenalkan pada tahun ini.

Menerusi sidang media khas di The Royale Chulan Damansara Hotel, Saluran Ceria Anda, NTV7 mengumumkan 10 pencalonan teratas bagi setiap kategori yang dipertandingkan pada tahun ini merebut gelaran pemenang pada malam kemuncak Anugerah Filem Pendek pada 20 September 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menurut Pengurus Besar Kumpulan NTV7 & 8TV, Airin Zainul, NTV7 sentiasa menghargai dan menyokong produksi tempatan dan pihaknya percaya bahawa dengan mengasah bakat yang ada, mereka dapat melihat revolusi perkembangan industri hiburan Cina tanah air.

“NTV7 juga pernah mengadakan bengkel berkaitan dan penulisan skrip dua tahun lalu dan menyediakan ruang buat bakat-bakat ini di pelbagai platform. Sesi uji bakat juga sering diadakan untuk mencari bintang-bintang baharu.




"Ini juga merupakan kali pertama Anugerah Filem Pendek diperkenalkan. Kami percaya kewujudan filem pendek ini dapat memperlihatkan kreativiti mereka yang menyertainya yang menunggu untuk diketengahkan,” katanya yang turut berterima kasih kepada One FM yang meneruskan sokongan selaku radio rasmi buat anugerah berprestij itu.

Menurutnya, proses Golden Awards 2014 bermula sejak September 2013 apabila penyertaan dibuka dan ditutup pada 20 Januari 2014. Keseluruhannya, sebanyak 238 penyertaan bagi kategori Drama dan 144 penyertaan daripada kategori Bukan Drama.

Kata Airin, menerusi pusingan pertama telah diadili pada bulan Mac tahun ini di mana pusingan kedua dan terakhir akan dilakukan pada bulan Mei 2014.

"Sebuah lagi pengumuman mengenai pencalonan terakhir akan di senarai pendek pada bulan Jun nanti. Golden Awards 2014 ini juga akan diadakan di Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 20 September 2014,” katanya.

Airin berkata, penganjuran anugerah pada kali ini juga memperkenalkan Anugerah Filem Pendek Golden Awards di mana penentuan kepada pemenang anugerah ini adalah dengan 80% diadili oleh para juri manakala 20% lagi menerusi undian dalam talian.

Mendahului pencalonan tertinggi bagi tahun ini, drama bersiri The Descendant yang menerima sejumlah 12 pencalonan diikuti dengan drama Mining Magnet yang menerima 11 pencalonan secara keseluruhan.

Drama ulang tahun khas ntv7, The Undercover juga turut mendapat sambutan baik oleh para penonton kepada 10 pencalonan.

Maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Golden Awards di www.ntv7.com.my/goldenawards2014.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP