Loading...
Thursday, April 10, 2014

Johnny Depp Bercium Dengan Jimmy Kimmel


ARTIS MELETOP

Johnny Depp Bercium Dengan Jimmy Kimmel



Pelakon berkaliber Hollywood Johnny Depp yang bakal muncul dengan filem Transcendence mencetuskan ‘kegilaan’ terbaharu buat peminat yang sentiasa dahagakan perkembangan terbaharu daripadanya.

Depp baru-baru ini dijemput menjadi jemputan bagi program bual bicara Jimmy Kimmel Live bagi mempromosikan filem tersebut yang turut dibintangi Morgan Freeman, Kate Mara dan Rebecca Hall.




Menerusi rancangan siaran langsung itu, Depp sempat berseloroh dengan Jimmy dengan memakai pelembap bibir sebelum mencium bibir pengacara tersebut pada minit-minat akhir video di bawah ini.

Aksi mereka mendapat sorakan gemuruh penonton yang nyata memahami tingkah laku pelik aktor yang popular dengan watak Captain Jack Sparrow itu.



0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP