Tuesday, April 22, 2014

ND Lala perjelas isu pakaian Shila Amzah


ARTIS MELETOP

ND Lala perjelas isu pakaian Shila Amzah



IBU dan bapa Shila memberikan sokongan penuh terhadap karier seni anak mereka itu.

SEIRING dengan kejayaannya mengembangkan kariernya di peringkat antarabangsa, ternyata Shila tidak terlepas dikaitkan dengan isu kontroversi membabitkan dirinya baru-baru ini.

Dia telah dikecam dengan teruk oleh segelintir peminat kerana tampil dengan pakaian yang tidak sesuai sebagai gadis Muslim apabila disangka memakai skirt ketika membuat rakaman sebuah persembahan di China, sedangkan dia sebenarnya memakai seluar yang kelihatan seperti warna kulit.




Bagaimanapun, bapa Shila, penyanyi ND Lala tampil menjelaskan perkara sebenar dan menyatakan perkara tersebut merupakan satu kesilapan yang tidak disengajakan sama sekali.

"Sebenarnya rakaman program itu dibuat agak lewat setelah pihak penerbit mahu menambah sebuah lagu lagi dan Shila telah memberikan persetujuan terhadap perkara tersebut.

"Namun begitu, masalah timbul apabila pakaian yang dibawa telah digunakan dalam persembahan lain dan Shila terpaksa memakai pakaian yang disediakan oleh pihak produksi. Sebagai seorang bapa, saya turut bertangungjawab terhadap segala masalah yang berlaku," jelasnya.

Sementara itu, ND Lala turut meminta supaya anaknya itu dilabel sebagai ikon penyanyi oleh para peminat, meskipun dia merupakan antara penyanyi wanita yang berhijab.

"Biarlah dia dikenali sebagai ikon penyanyi sahaja kerana kalau ada yang melabelkan dirinya ikon Muslimah, mungkin ia merupakan satu tanggungjawab berat yang harus dipikul oleh Shila," luahnya sebelum mengakhiri bicara.


0 comments:

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Toggle Footer
TOP