Loading...
Monday, April 14, 2014

Anzalna Kahwin Tahun Depan


ARTIS MELETOP

Anzalna Kahwin Tahun Depan



"KALAU mengikut perancangan awal memang saya memilih tahun ini untuk berkahwin. Tapi tak sangka pula apa yang dirancang tak kesampaian. Nampaknya kena tangguh ke tarikh lain."

Demikian kata Anzalna mengenai perancangan perkahwinannya dengan jejaka pilihan, Hanif Zaki.

Bagaimanapun dia reda dengan ketetapan Allah mengatasi segala-galanya. Meskipun masih belum membuat sebarang persiapan untuk hari bahagianya, Anzalna tidak kisah untuk bercerita hal sebenar kepada khalayak.

Tegasnya tidak ada apa yang perlu disorok apatah lagi dia hanya bercakap perkara yang benar tanpa perlu hidup dalam kepura-puraan seperti orang lain yang menyimpan segala kisah peribadi.

Antara sebab dia menangguhkan perkahwinan sudah pasti kerana keluarga. Bapanya yang kini masih bertugas di luar negara menjadi sebab kukuh mengapa perkahwinan tersebut tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Saya sedar keluarga teman lelaki sangat mengharapkan kami akan berkahwin tahun ini. Tapi ayah pula hanya akan pulang pada penghujung tahun. Mahu tak mahu saya terpaksa menunda majlis itu tahun depan," ungkapnya lagi.




Sebenarnya keterbukaan wanita ini berbicara soal kahwin mengundang perhatian. Namun dia langsung tidak kisah berbicara soal itu memandangkan perkahwinan merupakan perkara yang dituntut dalam agama.

Dia sedar peminat selalu bertanya mengapa dirinya terbuka untuk membicarakan soal ini kepada umum. Jawapannya mudah - berkahwin bukan penamat kepada segala-galanya.

"Peminat sekarang bukan lagi macam orang dulu-dulu. Saya faham kalau dulu apabila artis wanita berkahwin sahaja 'saham' mereka jatuh merudum.

"Tapi senario sekarang berbeza dan peminat sudah tak kisah lagi sama ada artis yang mereka suka sudah berkahwin atau tidak. Sokongan tetap diberi kepada mereka yang benar-benar layak.

"Saya sendiri tak pernah meletakkan isu popular di hadapan berbanding dengan hasil kerja saya," katanya kepada Pancaindera.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP