Loading...
Friday, April 11, 2014

Isteri Judika Idam Makanan Pelik Di Instagram


ARTIS MELETOP

Isteri Judika Idam Makanan Pelik Di Instagram



NAMPAKNYA, bukan Awal Ashaari dan Beego sahaja yang berdebar menanti kehadiran cahaya mata yang dikandung isteri masing-masing, tetapi juga artis terkenal Indonesia, Judika.

Menurutnya, isterinya Duma Rosis Silalahi kini sudah mengandung tiga bulan dan sedang mengalami alahan seperti wanita mengandung yang lain.

“Isteri saya gemar melihat gambar-gambar di Instagram dan pernah satu ketika dia mengidam makanan yang dimuat naik di laman sosial tersebut. Dia meminta makanan yang pelik-pelik. Mungkin kerana pembawakan anak,” katanya, memetik laporan ARTISMELETOP.




Tidak menafikan perkahwinan memberikannya rezeki yang luar biasa, Judika mengakui bahawa isterinya pernah merajuk kerana hampir dua minggu dia tidak pulang ke rumah kerana kesibukan kerja.

Namun, dia memahami kerjaya saya sebagai seorang penyanyi,” ujarnya.

Judika bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur Live Centre pada malam ini dan turut berkongsi pentas bersama idolanya, Amy Search.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP