Loading...
Saturday, April 19, 2014

Shahz Jaszle Kantoi Lagi?


ARTIS MELETOP

Shahz Jaszle Kantoi Lagi?



Pelakon yang sering dilanda kontroversi, Shahrizal Jaszle atau lebih dikenali dengan nama Shahz Jaszle kini menimbulkan tanda tanya sama ada dia masih lagi menjadi tunangan orang atau sudah kembali bujang.




Ini ekoran tindakannya memuat naik gambar bersama seorang gadis yang bukan tunangnya. Keadaan menjadi panas apabila tunang Shahz, Redzwani Puteri memberi komen pada gambar tersebut. Tetapi tidak berapa lama selepas itu, dia memadamkan gambar kontroversi itu di akaun Instagram miliknya.





Belum selesai kes khalwat, sudah ada kontroversi baru yang dicipta. Yang menjadi persoalan, bila hubungan mereka ditentang keluarga Redzwani ekoran kes khalwat tempoh hari, Shahz begitu tegas dalam memperjuangkan hubungan cinta mereka sehingga pernah menyatakan dia dan Redzwani akan kahwin lari meskipun ia pilihan terakhir.

Jadi, apa yang sudah terjadi?

ARTISMELETOP hanya mampu geling kepala hahaha



0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP