ARTIS MELETOP
Agnes Monica Nafi Tayang Payudara
Agnes Monica semalam tampil mempertahankan dirinya di tengah-tengah kontroversi mendakwa pakaiannya terlondeh ketika menjalani penggambaran video muzik dengan penyanyi AS sehingga menampakkan buah dadanya.
Dalam kenyataan ringkas kepada media semalam, Agnes berkata, dakwaan itu ternyata tidak benar.
“Justeru, saya enggan mengulas lanjut mengenainya,” katanya.
selepas ada pihak mendakwa pakaiannya terlondeh dalam klip video muzik Coke Bottle yang turut menampilkan penyanyi Timbaland.
Agnes bagaimanapun menafikan hal itu ketika ditanyakan mengenainya.
Agnes juga dilihat tidak mengendahkan dakwaan itu kerana menurutnya ia terpulang kepada pertimbangan umum.
“Jika orang melihatnya dari sudut negatif, apapun yang dilakukan pasti akan kelihatan negatif,” katanya.
Klip video muzik yang dimuat naik pada 1 April itu menarik perhatian ramai bukan saja kerana insiden itu malah ramai yang mempertikaikan cara Agnes berpakaian yang mencolok mata dan mengenakan seluar mirip lampin.
Tengok dan nilai sendiri
ARTISMELETOP: Sudah macam perempuan murahan Agnes Monica ni, Tengok la Yuna tak perlu la nak mendedahkan payudara untuk popular di USA
0 comments:
Post a Comment