ARTIS MELETOP
Ana Dahlia & Teman Lelaki Ke Bangkok Raikan Pesta Songkran
Sekitar Februari lalu, ada khabar angin mengatakan yang pelakon Ana Dahlia ini sudah bertemu pengganti dan kehadiran beliau bersama seorang jejaka tampan ke sebuah butik fesyen terkenal mengundang spekulasi yang mereka akan berkahwin.
Menjawab spekulasi itu, Ana Dahlia berkata yang beliau hadir ke butik tersebut adalah untuk menempah busana sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang sepatutnya berlangsung pada 6 April 2014 yang lalu.
Namun, Ana Dahlia tidak terlepas dari terus menjadi perhatian peminat yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang hubungan cinta terbarunya bersama seorang jejaka yang dikenali Ubai Zulkiflee. Terbaru, mereka bercuti bersama ke Bangkok, Thailand.
Melihat dari gambar yang dikirimkan pasangan ini melalui akaun Instagram masing masing, Ana Dahlia & Ubai Zulkiflee memilih kota Bangkok sebagai destinasi bercuti kali ini bersempena dengan sambutan festival Songkran di seluruh Thailand.
Tahun Baru Thai (atau Songkran) disambut sekitar 13–15 April setiap tahun di Thailand, seiringan dengan sambutan Tahun Baru bagi kebanyakan takwim tradisional yang dipakai di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Salin dan tampal dari Wikipedia, untuk anda.
Berikut beberapa keping gambar Ana Dahlia & kekasihnya, Ubai Zulkiflee ketika berada di kota Bangkok, Thailand baru baru ini. Mereka nampak bahagia, itu paling penting.
Jom layan gambar menarik pasangan romantik ini
0 comments:
Post a Comment