Loading...
Wednesday, April 16, 2014

Wardina Seru Semak Semula Ceramah Ustaz Don Daniyal


ARTIS MELETOP

Wardina Seru Semak Semula Ceramah Ustaz Don Daniyal



Ini adalah isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial. Wardina Saffiyah semalam menerusi akaun Facebooknya, telah menyeru para alim ulamak di Malaysia untuk menyemak kata-kata penceramah terkenal, Ustaz Don Daniyal yang didakwanya mengandungi cerita mistik tidak berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Turut dikepilkan dalam seruannya itu adalah sebuah video yang menggabungkan beberapa siri ceramah Ustaz Don.

BACA: Isu Hadis Palsu, TV AlHijrah Teliti Video Ceramah Ustaz Don



Tulis Wardina:-

Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama’..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don’t need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran.




Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam.

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk'));





0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP