Loading...
Thursday, February 13, 2014

Rihanna Nyaris Muflis Gagal Urus Akaun

KERJAYA penyanyi Rihanna mungkin sering dilihat berada di puncak. Namun ramai yang tidak tahu bahawa penyanyi ini hampir-hampir muflis sekitar tahun 2009.
Seperti dilaporkan Showbizspy, ia merupakan kesilapan penjaga akaun penyanyi itu yang sering membuat keputusan yang salah dan merugikan.
Dalam satu dokumen, pada awal tahun 2009, penyanyi ini pernah memiliki A$11 juta (RM 36.6 juta), namun jumlah tersebut berkurangan sehingga menjadi AS$ 2 juta (RM6.6 juta) pada akhir tahun tersebut, walhal jumlah tanggungan hutang masih banyak.
Salah satu keputusan besar yang diambil Rihanna adalah membeli sebuah rumah berharga sekitar AS$7.5 juta (RM25 juta) dan ia dipersetujui oleh akauntan persendiriannya itu.
Namun perkara tersebut sebenarnya satu kerugian kerana harga rumah tersebut kurang daripada yang sepatutnya dibayar.
Dalam tahun tersebut juga, dia turut mengalami kerugian dalam rangka konsert jelajahnyaLast Girl on Earth.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP