Loading...
Thursday, February 13, 2014

Nabila Huda Mahu Hidup Tenang Tanpa Glamor

Pelakon Nabila Huda mengakui populariti bukan lagi perkara penting dalam karier seninya ketika ini tetapi dan ingin menjalani kehidupan normal serta hidup lebih tenang seperti orang lain.
Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 30, bagaimanapun berkata, dia tidak pernah berniat untuk meninggalkan dunia lakonan kerana bidang itu adalah minatnya sejak dahulu lagi.
"Sejak kecil saya sudah hidup dalam dunia glamor kerana pengaruh bapa dan kini ia bukan lagi tumpuan saya kerana saya ingin menjalani kehidupan normal seperti orang lain tanpa sebarang gangguan," katanya kepada mStar Online.
Pun begitu, Nabila mengakui, kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia di samping anaknya, Keisha Laila yang kini berusia empat tahun.
Dalam pada itu, Nabil berkata, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi bercakap mengenai soal peribadi dan cinta secara terbuka seperti mana sebelum ini.
Dia bukan serik untuk berbicara soal tersebut tetapi sudag letih untuk menjawab segala pertanyaan soal cinta selain bimbang ia mungkin akan disalah erti oleh sesetengah pihak.
"Pada tahap ini saya sudah letih untuk berkongsi cerita peribadi terutama soal cinta kerana ia tiada kena mengena dengan kerjaya saya sebagai pelakon.

"Kadang-kadang jika kita terlalu berfikiran terbuka juga ia mungkin menyebabkan sesetengah pihak akan memandang serong dengan kenyataan yang diberikan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nabila berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama arahan Erma Fatimah berjudul Kau Laksana Bulan dan Di Atas Kertas

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP