ARTIS MELETOP
Penarikan Diri Hanez Ditolak, Kilafairy Kongsi Watak Heroin
Pelakon Hanez Suraya mengesahkan dia masih berlakon dalam pementasan teater Projek Kahwin, namun berkongsi watak heroin itu dengan pelakon Kilafairy.
Menerusi sidang media yang diadakan sebentar tadi di Istana Budaya, pelakon itu bagaimanapun ada mengakui yang dia cuba menarik diri dari pementasan tersebut namun permohonannya telah ditolak oleh pihak Istana Budaya.
Bagaimanapun, Hanez cuma akan terlibat dengan tiga pementasan sahaja manakala enam pementasan awal teater itu bakal menyaksikan aktres Kilafairy menggantikan watak yang seharusnya dipegang Hanez.
Terdahulu, timbul desas-desus kononnya Hanez telah menarik diri daripada pementasan teater tersebut gara-gara kontroversi percintaannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha yang masih bergelar suami itu dikecam.
Projek Kahwin yang akan dipentaskan bermula 6 hingga 14 Jun depan di Panggung Sari, Istana Budaya turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.
ARTISMELETOP: Kami menggesa agar rakyat Malaysia boikot beramai-ramai teater ini. Sian Hanez dah tak laku!
0 comments:
Post a Comment