Loading...
Wednesday, January 8, 2014

Datuk Rossa dimasukkan ke sebuah hospital di Singapura

Penyanyi dari Indonesia Datuk Rossa dimasukkan ke sebuah hospital di Singapura selepas mengadu sakit-sakit badan pada Selasa lalu.
Pengurusnya, Putri Intan Sari berkata, Rossa yang mengadakan persembahan di Fiesta Langkawi Naturally Magical di Kedah pada Sabtu lalu mula berasa tidak sihat ketika berada di Johor sebelum menerima rawatan di Singapura.
"Sebelum itu Rossa sempat ke taman tema Legoland, Nusajaya, (Johor) bercuti bersama anak-anak tetapi apabila dia mengadu sekali lagi tidak sedap badan, saya terus membawa dia ke hospital di Singapura.
"Syukur doktor kata Rossa tidak mempunyai sebarang penyaki serius. Cuma, dia perlu rehat yang secukupnya sahaja," katanya.

Putri ditemui pada majlis sidang media Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan Rossa, Afghan dan Datuk Jamal Abdillah di Hotel The Royale Chulan di sini pada Rabu.
Putri Intan Sari
Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiani, 36, turut ditemani anaknya, Rizky Langit Ramadhan, 8, dan seorang lagi pengurus selain keluarga lain Singapura.
Akibat masih di rawat di hospital berkenaan, Rossa hanya menghantar Putri menghadiri sidang media tersebut.
Sementara itu, berhubung malam gala berkenaan, ia bakal diadakan pada 14 Februari depan di Hotel The Royale Chulan di sini anjuran Airish Global Sdn Bhd dengan kerjasama Event Resources & Services.
Konsert tersebut diadakan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada Anak-Anak Anugerah Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad (KBNAB) dan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM).

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP